Pages

Saturday 19 April 2014

TIPS SOLEKAN

TIPS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi guys, Untuk tips cantik kali ni ain nak share Tips yang ain dapat dari blog Michelle Phan 

Banyak tips Kecantikan yang Uolls boleh belajar daripada Michelle phan ni.

Ain na share Tips Cantik dekat kawan-kawan kat luar sana tu yang nak kelihatan Cantik Gubu and flowless kulit bila di luar.

Nak tahu ape trick nye?

1) Custom Made BB Cream 


Krim ni memang jadi krim wajib ada dalam beg ain, BB cream ni ada banyak kelebihan die antaranya menyuburkan kulit kita dan memberikan kita liputan yang cukup untuk menutup cela dan tona kulit yang sekata.


Tapi tidak semua BB cream sesuai dengan kulit kita, mungkin kerana ketidakserasian produk dengan kulit atau formulanya yang agak berat. Ini dapat diatasi juga dengan menyapukan losyen muka harian anda dengan foundation nipis seperti Foundation L' Oreal Paris menjadikan kulit anda kelihatan lebih dewy intead oily. 

Trick die adalah dengan menggunakan losyen yang bebas minyak atau Mattifying . Banyak losyen Mattifying mempunyai talkum dimana ia akan menyerap minyak yang terhasil dari kulit. losyen ini akan melembapkan jauh ke dalam kulit sambil mengekalkan keanjalan kulit anda agar lebih lembut.  

Gabungan foundation adalah bagus kerana ia mengikut peraturan penjagaan kulit, dan dengan pilihan warna yang pelbagai, anda pasti dapat mencari yang sesuai dengan kulit anda.

2) Pembayang Mata yang Kekal dan Menarik


Mungkin ramai yang tidak terfikir penggunaan lipstik juga pelbagai, bukan saja pada bibir tapi juga boleh diaplikasikan pada kelopak mata anda. Mudah je caranya, sapukan sedikit pada belakang tapak tangan, kemudian blend sedikit menggunakan jari dan perlahan-lahan sapukan pada kelopak mata anda. Bonus: gunakan berus pada kelopak mata dan blend sempurna.  


Try Lipstik Dior 'Addict' warna merah jambu untuk mata yang cantik, warna yang sama akan kelihatan cantik dibibir anda. 

3) Tulang Pipi Serta-merta


Ramai yang inginkan tulang pipi sharp macam model-model diluar tu,tapi Uolls boleh buat dengan beberapa trick je untuk dapatkan pipi yang menonjol dan bercahaya. Caranya selepas sapu rata solekan asas, skip blush dan teruskan dengan bronze. Gunakan krim Bronze yang tidak berkilat, sapukan cream tersebut bermula dari pipi menghala ke sudut dalam dan sapukan juga pada tepi hidung. Kebanyakan bronzer lebih gelap daripada kulit anda, bila applikasikan pada pipi anda akan menyerlahkan tulang pipi anda.


Bila anda berkulit gelap atau Tan, trick ini akan berfungsi dengan lebih baik. Ini kerana anda akan kelihatan baru sahaja pulang dari percutian tropika. 
 

No comments:

Post a Comment