Pages

Saturday 19 April 2014

TIPS SOLEKAN

TIPS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi guys, Untuk tips cantik kali ni ain nak share Tips yang ain dapat dari blog Michelle Phan 

Banyak tips Kecantikan yang Uolls boleh belajar daripada Michelle phan ni.

Ain na share Tips Cantik dekat kawan-kawan kat luar sana tu yang nak kelihatan Cantik Gubu and flowless kulit bila di luar.

Nak tahu ape trick nye?

1) Custom Made BB Cream 


Krim ni memang jadi krim wajib ada dalam beg ain, BB cream ni ada banyak kelebihan die antaranya menyuburkan kulit kita dan memberikan kita liputan yang cukup untuk menutup cela dan tona kulit yang sekata.


Tapi tidak semua BB cream sesuai dengan kulit kita, mungkin kerana ketidakserasian produk dengan kulit atau formulanya yang agak berat. Ini dapat diatasi juga dengan menyapukan losyen muka harian anda dengan foundation nipis seperti Foundation L' Oreal Paris menjadikan kulit anda kelihatan lebih dewy intead oily. 

Trick die adalah dengan menggunakan losyen yang bebas minyak atau Mattifying . Banyak losyen Mattifying mempunyai talkum dimana ia akan menyerap minyak yang terhasil dari kulit. losyen ini akan melembapkan jauh ke dalam kulit sambil mengekalkan keanjalan kulit anda agar lebih lembut.  

Gabungan foundation adalah bagus kerana ia mengikut peraturan penjagaan kulit, dan dengan pilihan warna yang pelbagai, anda pasti dapat mencari yang sesuai dengan kulit anda.

2) Pembayang Mata yang Kekal dan Menarik


Mungkin ramai yang tidak terfikir penggunaan lipstik juga pelbagai, bukan saja pada bibir tapi juga boleh diaplikasikan pada kelopak mata anda. Mudah je caranya, sapukan sedikit pada belakang tapak tangan, kemudian blend sedikit menggunakan jari dan perlahan-lahan sapukan pada kelopak mata anda. Bonus: gunakan berus pada kelopak mata dan blend sempurna.  


Try Lipstik Dior 'Addict' warna merah jambu untuk mata yang cantik, warna yang sama akan kelihatan cantik dibibir anda. 

3) Tulang Pipi Serta-merta


Ramai yang inginkan tulang pipi sharp macam model-model diluar tu,tapi Uolls boleh buat dengan beberapa trick je untuk dapatkan pipi yang menonjol dan bercahaya. Caranya selepas sapu rata solekan asas, skip blush dan teruskan dengan bronze. Gunakan krim Bronze yang tidak berkilat, sapukan cream tersebut bermula dari pipi menghala ke sudut dalam dan sapukan juga pada tepi hidung. Kebanyakan bronzer lebih gelap daripada kulit anda, bila applikasikan pada pipi anda akan menyerlahkan tulang pipi anda.


Bila anda berkulit gelap atau Tan, trick ini akan berfungsi dengan lebih baik. Ini kerana anda akan kelihatan baru sahaja pulang dari percutian tropika. 
 

Kulit Cantik Berseri

Cantik tu subjektif bagi setiap orang, Ada yang kata putih tu cantik, ada yang kata kulit bersih dari segala macam kekotoran (jeragat, jerawat, kulit kering) tu cantik. Ada yang, sedap mata memandang tu pn da cantik..Anda macammana?

Semua inginkan kecantikan, terutama pada wajah dan penampilan. Wajah yang segar, ceria, bukan saja menyenangkan empunya diri tapi juga orang sekelilingnya.

Set wajah berseri Shaklee ini dapat membantu anda dapatkan wajah yang segar, ceria, licin dan kurang masalah. Set D ini terdiri dari:
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E

Vita-C dan Vita-E adalah gabungan antioksidan yang tinggi,dan sangat bagus dalam menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. 
Vitamin E menjadikan wajah seseorang tampak awet muda kerana ia menghalang perkembangan sel penuaan pada kulit, lebih lembut, flowless dan menyamarkan kesan jerawat. 
Jadi, anda tidak perlu risau masalah-masalah seperti kulit kusam, timbul jeragat, kedutan dan lingkaran mata hitam.

BERTENAGA dengan B COMPLEX
Ain antara pengguna produk ni, Alhamdulillah...dengan penggunaan B complex ain rase lebih bertenaga, lagi-lagi bila waktu bekerja yang lama (lebih 12jam) masih dapat bertahan, tidak mengantuk dan lesu

KURANG RAMBUT GUGUR , KURANG MASALAH KELEMUMUR

Ain ni jenis berpeluh dan berminyak kt umbun-umbun rambut daripada muka, jadi kene selalo cuci rambut bile berpeluh sakan di kepala. Dan disebabkan tu juga ain banyak keguguran rambut. Sedih rasa tengok rambut makin banyak gugur.

Selepas menggunakan Vit E, ain dapat rasa pengeluaran minyak di kulit kepala lebih terkawal, kurang masalah kelemumur dan kulit jadi lembab. Dan paling mengejutkan Kurang Rambut GUGUR. 

Bonus:  Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam. ;)

Serlahkan Kecantikan Anda

 Assalamualaikum

Hi semua, Ain na ajak kawan-kawan semua untuk support dan LIKE page Shaklee Ain kt sini LINK
Ain da 2 tahun dengan shaklee, Alhamdulillah sampai harini ain masih lagi consume barangan Shaklee. Mahal? sebab tu ada trial pack, trial pack biasanya last dalam sebulan. Bebaloi!

Untuk kawan-kawan diluar yang rasa-rasa umo da menjangkau macam ain ni, baik jaga dari awal.
orang kata mencegah lebih baik dari mengubati..
tak sakit? memang tak sakit, tapi kita tak tahu bila datang sakit,
kulit makin lama makin berkedut.
Badan makin berkembang, berselulit, menggendur dan mengeleber..Cantik ke? tak cantik kan..

lagi-lagi dengan faktor cuaca, pemakanan, kerja, dan lain-lain. Buat kte stress, kesannya?keguguran rambut..berkedut..kulit yang semakin kehilangan kolagen. Lepas tu pemakanan yang tidak cukup nutrien mempercepatkan aging a.k.a lebih tua. Camne tu?

If anda rasa kesedaran tu da sampai untuk menjaga dalaman anda, Ain boleh membantu apa saja kemusykilan yang anda ada untuk produk Shaklee ni. 

Terus-terang sepanjang pengbatan dengan shaklee ni, 80% adalah ibu-ibu, 15% anak dara, 5% kaum lelaki. Betapa ramainya kaum ibu consume Shaklee ni. Mereka lebih yakin untuk ambil shaklee sebagai pemakanan kesihatan mereka selepas mencuba set bersalin Shaklee yang memang Meletop!. 

Anda bila lagi?
Sebarang pertanyaan bole email/hubungi ain untuk maklumat lanjut.


Friday 18 April 2014

Elianto Product Review

Assalamualaikum

Hi guys, Thanks sebab sudi menjengah blog Ain. Hari ni ain tetiba na share dengan girls kat luar sana tu tentang produk foundation yang ain pakai dari dulu sampai sekarang. Ain jenis kulit kering sangat-sangat, jadi na mencari yang sesuai dengan kulit kering bagi tak bercapuk-capuk tu susah sangat-sangat. Tapi banyak je tricks dan tips na bagi kulit cantik selepas bermakeup event anda jenis yang kulit kering macam ain ni ha.

1) Elianto BB cream


BB Cream boleh bertindak sebagai makeup base, foundation, moisturizer dan sun protection SPF 25.

Cream ni ada dua, warna hijau tu untuk Oil Control, melembab dan memutih, sesuai untuk yang muka berminyak. Warna coklat untuk memutih, melembab, firming dan anti aging. Sesuai untuk semua peringkat umur. Tapi pilih ekut korangnya keserasian kulit la. Untuk kulit kering sesuai amik warna coklat.

Good point: Produk ini bagi full coverage
Bad point: Agak heavy dan tak sesuai untuk penggunaan yang lama sebab akan rasa melekit, berminyak dan sangat heavy kt muka.

2) Elianto BB cream Hydra Rich


Elianto Hydra Rich ni diformulasikan dengan bahan-bahan organik yang dapat menenangkan kulit anda, menyingkirkan lebihan minyak dan mengurangkan cela pada wajah anda. Ia juga ada sun protection SPF 35 PA+++.

Ain da pakai krim ni dekat 2 tahun, mudah nak apply pada muka, ain pakai ni sebagai base, caranya apply BB cream Hydra Rich kemudian dap dengan bedak compact. Bila anda sapu pada muka, anda akan rasa lebihan air pada krim tersebut. Memang puashati sangat! texture nya yang ringan, tidak berminyak sebab formulanya yang dapat mengawal sebum dari mengeluarkan lebihan minyak, dan penggunaan yang tahan lama (lebih dari 12jam pun makeup still cun!).

Rekomen : Kulit kering dan kombinasi


 Nantikan lagi product review seterusnya dari Ain....To Be Continue.....

Thursday 17 April 2014

Its About Me

@~@~Assalamualaikum ~@~@




Hi guys, welcome to my Blog yang baharu lagi di laman sesawang ni. 

Masih berjinak-jinak untuk menulis dan share my knowledge & experience with you all di luar sana.

Sangat berbesar hati untuk menerima kawan baru yang sudi bersembang, share, bertukar-tukar buah pikiran di blog ni.

Sedikit about Me, nick name Ain, lahir pada 1987...maknenye i da 20++ .lol 

Bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, dalam bidang Kejuruteraan. 

Anak kelahiran negeri selangor, yang akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. nerves =)

Anyway guys, that all for the introduction. Assalamualaikum =)